Bab 8
Akhirnya, pada hujung tahun 2004 iaitu 25 Disember, aku telah ditunangkan dengan Hazil Iskandar. Majlis yang diadakan begitu meriah sekali. Kata mama, untuk anak perempuan kesayangannya. Aku sekadar tersenyum, kalaulah Amylea mendengar omongan mama, pasti hatinya remuk dan berkecai. Majlis yang sepatutnya diadakan selepas aku selesai menghadapi SPM telah ditunda ke tahun ini atas permintaanku sendiri. Alasanku, belum bersedia untuk menjadi tunangan orang. Entah kenapa, aku berperasaan pelik ketika itu. Mama pula bising sewaktu aku berniat untuk menangguhkan pertunangan itu tetapi terpaksa beralah.
Pagi tiu, aku dihias bagaikan puteri. Kak Tom yang aku kenali melalui mama mengatakan bahawa wajahku sesuai untuk menjadi seorang model. Kembang kuncup hidungku mendengar pujian daripada kak Tom.
"Sesuailah aku panggil kau Puteri Salju. Cantik sangat lah Nad. Kau tak takut ke hilang seri nanti bila majlis sanding kau?", Tiyah menyentuh alat solek milik kak Tom.
"Hoi, kau jangan nak gatal tangan menyentuh mekap-mekap aku tu nyah. Mahal tu", sergah kak Tom daripada belakang. Atiyah terkejut mendengar sergahan kak Tom.
"Apalah abang Tommy ni. Terkejut orang tau. Tak tahu nak bagi salam ke bang Tommy?", Atiyah mengusik kak Tom. Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata Atiyah.
Tina-tiba, Atiyah mengaduh kesakitan.
"Aduh! Sakitlah. Apa ni main cubit-cubit pula", Atiyah menggosok-gosok lengannya. Mulutnya dimuncungkan sedepa. Aku semakin ligat melihat telatah mereka berdua.
"Wei, kalau kau panggil aku abang Tommy lagi, aku koyak-koyak mulut kau tu Tiyah. Lain kali panggil aku kak Tom".
Atiyah ketawa terbahak-bahak.
"Ok... ok. Sorry. Tiyah gurau aje lah kak Tom. Sensitif sangat lah dia ni".
"So Nad, bila majlis nikah pula? Aku dah tak sabar nak makan nasi minyak ni".
"Hmmm... tak tahu lagi lah Tiyah. Dua tiga tahun lagi kot. Lagipun kita kan baru masuk form six. Aku rasa lama lagi lah".
"Tak sangka kan kita berdua masuk sekolah balik. aku ingat kita dah nak further study kat UiTM ke, overseas ke... rupanya masih teringin nak pakai uniform sekolah".
Keputusan SPM yang aku dan Atiyah peroleh cemerlang namun keinginan untuk pergi sekolah menyebabkan kami menyambung pengajian ke tingkatan enam. Pada mulanya, keputusan untuk masuk tingkatan enam ini dibantah oleh mama dan papa, namun aku berkeras dan akhirnya, mama dan papa mengalah dengan kehendakku.
"Woi Nad, kau berangan ye. Mentang-mentanglah hari ni dah jadi tunang orang, dah tak sabar nak kahwin ke?"
Aku tersenyum lagi.
"Ha... kak Tom bila nak kahwin? Asyik nak touch up muka orang je. Muka cute macam ni takkan tak ada orang nak. Kalau kak Tom tak ada calon, Tiyah boleh carikan".
"Eei... tak kuasa mak nak kahwin-kahwin masa muda ni. Aku tak puas nak enjoy lagi lah".
"Alah, lepas kahwin boleh enjoy lagi lah kak Tom. He...he... enjoy dengan isteri. Tiyah tak nak ke kak Tom?"
Kak Tom menjegilkan matanya ke arah Atiyah.
"Hei Tiyah, kau tak sayang mulut ke? Kau nak aku cabai mulut kau ke?". Muka kak Tom masam mencuka. Atiyah semakin galak ketawa melihat kak Tom yang sudah memuncungkan mulutnya.
"Alah kak Tom, janganlah marah-marah. Tiyah gurau je tadi. Kak Tom merajuk macam ni dah tak lawa lah".
"Eh, kak Tom lawa ke Tiyah?"
Aku dan Atiyah sama-sama ketawa.
***
Selesai majlis pertunanganku dengan Iskandar, Mak Mah dan beberapa orang lagi sibuk mengemas. Aku masih berada di ruang tamu bersama-sama keluarga yang lain, menangkap gambar untuk kenangan bersama. Atiyah yang duduk di sebelahku tidak henti-henti mengusikku. Merah padam mukaku apabila menjadi bahan ketawa mereka. 'Siaplah kau Tiyah lepas ni', getus hatiku.
Usai selepas kepulangan keluarga Iskandar, tunangku itu menghubungi telefon bimbitku. Aku teragak-agak untuk mengangkatnya, terasa lain benar perasaanku selepas bergelar tunang Iskandar. Akhirnya, aku membiarkan irama lagi Usher itu mati sendiri.
"La, kenapa kau tak angkat telefon tu Nad?", tegur Atiyah selepas solat Zuhur.
"Aku tak tahu nak cakap apa dengan Iskandar".
"Isk, dia kan dah jadi tunang kau. Takkan tak tahu lagi nak cakap apa. masa ni lah kau harus merapatkan diri kau dengan dia. Orang kata, bermesra-mesraan", Atiyah tersengih-sengih sambil melipat telekung milik Amylea.
"Eh, kau tak solat lagi kan?"
Aku terkedu mendengar pertanyaan Atiyah.
"Aku period", Atiyah yang mendengar alasanku hanya berdiam diri. Dia benar-benar faham tentang kehidupan sosial gadis yang bernama Nadia Naila ini. Kalau bab solat dan hukum hakam agama, Nadia memang liat untuk menjawab dan memberi tindak balas. Kehidupannya yang tidak pernah menjalankan tanggungjawab sebagai orang Islam.
"Nad, aku tengok adik kau si Amylea tu dah banyak berubah lah. Tak silap aku dulu dia tak pakai tudung, kan?"
Aku sekadar mengangguk-anggukkan kepala. Malas untuk memberi respons terhadap persoalan Atiyah leboh-lebih lagi berkaitan dengan Amylea.
"Kau bila nak jadi macam Lea? Manis je tengok dia pakai tudung".
"Tiyah, aku dah cakap dari dulu lagi, kita tak payah sentuh soal ni kan? Aku akan berubah bila tiba waktunya", aku mula naik angin apabila Atiyah cuba untuk menyindir-nyindirku.
"Ok...ok.. sorry Miss Nadia Naila. Aku just cakap adik kau tu lawa. Bukan nak sentuh bab agama yang kau tak suka tu'.
"Bukan aku tak suka Tiyah. aku cuma tak berapa selesa kalau ada orang nak atur tentang hidup aku".
Atiyah hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu bertelagah dengan Nadia hanya kerana soal agama. Dia tidak mahu hubungan persahabatan mereka menjadi renggang gara-gara perkara ini. Sudah beberapa kali mereka berselisih faham jika Atiyah menimbulkan bab agama terutama tanggungjawab manusia sebagai umat Islam, natijahnya dia dia dimarahi dan mereka tidak bertegur sapa selama beberapa hari.
"Ok lah, aku minta maaf Nad. Sure aku takkan cakap lagi pasal hal ni. Nad, aku nak balik dah ni. Malam ni flight kami pergi Penang. Famili aku nak balik kampung mak aku kat Balik Pulau".
"Sorry juga Tiyah. Aku tak bermaksud nak marah kau. Bagi aku masa untuk menerima perubahan yang besar dalam hidup aku".
'Tak apa Nad. Eh, kau tak nak kirim apa-apa ke kalau aku balik kat kampung mak aku esok? Best tau kat sana. Barang-barang murah, pantai pun indah. Udara segar, bukan macam kat KL ni, pollution!"
"Apa-apa aje lah Tiyah. Jangan lupa balik dah lah. Tak lama lagi sekolah nak buka".
"Insya Allah, ada umur yang panjang aku balik lah. Doakan aje aku selamat pergi dan balik".
"Isk, kau ni. Cakap macam orang orang nak pergi mati aje. Dah lah, kau jangan lupa balik sini pula. Bawa ole-ole dari Penang. Aku tunggu kau".
Aku menghantar Atiyah sehingga ke pintu pagar. Jarak antara rumahku dan rumah Atiyah tidaklah terlalu jauh. Atiyah hanya perlu berjalan sejauh 10 minit untuk sampai ke rumahku.
Tiba-tiba Atiyah memelukku. Aku terkejut dengan kelakuan Atiya. Belum pernah Atiyah berkelakuan pelik seperti ini.
"Kau ni kenapa Tiya? Hari ni aku tengok kau pelik semacam. Kau sakit ke?", aku hairan dengan tingkah laku Atiyah yang seakan-akan tidak mahu berpisah denganku.
"Tak ada apa-apalah Nad. Aku sedih kau dah nak kahwin. Lepas ni aku tak ada kawan. Lagipun esok kan aku nak balik Penang. Salah ke aku peluk kawan baik aku sendiri". Atiyah ketawa mengekek.
"Wei, cik Atiyah sayang. Kita tetap kawan baik selama-lamanya tau. Dan selama ni kau balik kampung abah kau tak pernahpun kau berperangai pelik macam ni", Atiyah masih ketawa melihat aku yang masih terpinga-pinga.
"Yelah, kampung mak aku lagi jauh dari kampung abah aku kat Teluk Intan tu. Mana tahu, aku tak nak balik-balik lagi kat sini. Ha! Padan muka kau".
"Kalau kau tak balik, aku kerjakan kau hidup-hidup Tiyah. Jangan nak buat hal, esok lusa dah nak sekolah. Kalau kau tak ada, aku rasa sunyi tau".
***
Aku terjelepok di atas lantai. Berita yang baharu aku terima sebentar tadi benar-benar mengoyak hatiku. Tsunami meragut ribuan nyawa dan antara tempat yang telah ditelan oleh ombak Tsunamai itu ialah Balik Pulau. 'Ya Allah! Atiyah berada di situ', aku menjerit di dalam hati.
"Sabarlah Naila, kita doakan semoga Atiyah dan keluarganya selamat", Mak Mah seperti hendak menangis melihat aku membisu seribu bahasa.
"Kak Naila, sabarlah. Lea tahu akak terkejut. Kita sama-sama berdoa kepada Allah supaya kak Tiyah selamat. Akak janganlah macam ni', Amylea mengusap-usap belakangku. Rasanya itulah pertama kali Amylea berbuat begitu.
"Akak, sabar ya. Lea tak sanggup tengok akak macam ni", Amylea turut menangis, begitu juga Mak Mah.
"Ya Allah, Kau selamatkan lah Tiyah sekeluarga. Aku mohon padaMu. Janganlah Kau ambil Tiyah", aku mengogoi dalam dakapan Amylea.
***
Malam itu, Amylea menemani aku tidur di bilik. Mataku bengkak kerana tidak henti-henti menangis. Rawan hatiku apabila mengingatkan kata-kata Atiyah. 'Insya Allah, ada umur yang panjang aku baliklah. Doakan aje aku selamat pergi dan balik'. Gurauannya benar-benar menghantui jiwaku. Tumbir mataku kembali berair.
"Dah lah tu kak. Lea susah hati tengok akak macam ni. Kita doakan semoga kak Tiyah selamat di sana", Amylea membelai-belai rambutku.
Bayang-bayang Atiyah menari-nari di ruang kamarku.